BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 23, 2009

Must be strong!

Kadang-kadang aku rasa demotivated. Tak ada punca dan sebab, aku rasa cukup tak bersemangat nak buat apa saja. Bila perasaan ini "menyerang", aku akan rasa sangat stress, letih dan bosan. Apa saja yang dibuat untuk lari dan keluar dari belenggu ni serba tak menjadi.

Pergilah jauh2 perasaan ni. Daily work life aku dah cukup meletihkan. Bukan sedikit kekuatan mental dan fizikal aku perlu ada untuk terus bertahan sampai sekarang. Pernah berkira untuk berhenti dan beralih arah ke bidang lain, tetapi bila fikir2, lebih banyak cons dari pros dan tak berani ambil risiko lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, akhirnya keputusan yang diambil ialah setia disini dan kuatkan semangat.

Aku berpegang kepada ayat-ayat dalam surah Al-Insyirah. Ternyata kata-kata Allah ini cukup membuatku tenang dan memberi aku kekuatan.

Al Insyirah ayat 1-8:
Bukankah kami (yakni Allah) telah melapangkan dadamu ya Muhammad. Dan kami telah ringankan bebanmu yang berat yang memberati belakangmu. Dan kami tinggikan (muliakan namamu). Sesungguhnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan) suatu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah (meskipun dengan bersusah payah untuk mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmulah kamu berharap.

Yakin pada janjiNya. Bukan semua orang dapat melalui life dengan mudah. Apa sangatlah dugaan dan ujian yang ditimpakan kepada kita ni berbanding nikmatNya yang selalu kita lupakan.

Monday, August 17, 2009

Hectic starting day!

As usual, i wake up at 445 am. I cant delay doing my daily routines coz it will make me miss my bus at 630.... But something quit unusual happened when my dear princess wake up early too. Alamak..... bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan..... and it happened! Pagi2, dalam kalut2 bersiap pergi kerja, Hana nak buka laptop, aku layankan.... nak tengok citer upin ipin. Aku layan juga..... Tak layan kang, dia nangis2, lagi delay kerja aku. Ingatkan dah boleh tarik nafas lega... rupanya si kecik tu nak bacakan buku, waktu aku sembahyang dia nak pakaikan stokin, nak on scanner, nak air oren, kacau abang dia..... Perrgh.... banyak betul dugaan pagi ni. But alhamdulillah, i can face them! Karenah Hana berjaya ku layan dengan cool... uhuk uhuk.... Finally at 615 Hana dengan mudah dibawa ayahnya masuk dalam kereta sambil makan kek kecik sedap buatan "GrandeurFame Cakes". Dan aku berjaya sampai tepat ke terminal pukul 630.....

Thursday, August 13, 2009

Ramadhan.... u're always welcome


Dua orang student baru keluar bilik lecturer ni. Jual brooch dan gelang yang comel2 belaka. Solute n syabas kepada mereka sebab ada sifat keusahawanan, berani dan tak malu berjumpa dengan orang untuk dapat duit saku lebih. Dalam hati terdetik, jual brooch raya ni....


Bahang raya sudahpun terasa. Walaupun bulan Ramadhan hanya akan bermula minggu depan, tapi persediaan untuk menyambut raya sebulan selepasnya dah mula dibuat. Bagi aku yang sentiasa mengawal budget, ini memang perlu untuk elakkan "keluaran" yang banyak sejelepuk. Pakaian hero dan heroin dah dibeli awal-awal lagi. Cuma tinggal baju je yang sengaja beli lambat... kalau badan membesar karang, tak muat lak baju yang harganya dah sama dengan baju orang dewasa.... Baju uminya cukuplah satu itupun sebab nak pakai seragam sefamily raya nanti. Baju kerja elok2 lagi... kira baju rayalah tu. Hubby pun tunggu sale raya baru turun padang, "waktu tu lebih banyak choice" , katanya.


Orang berniaga kuih raya pun dah semakin ramai tukar strategi pemasaran. Edarkan sampel sebelum puasa start. Bagus juga macam tu. Boleh rasa. Kalau bagi sampel masa puasa, kita bawak balik konon2 nak rasalah.... bila dah jumpa nasi, kuih muih juadah berbuka, dah tak teringat nak rasa kuih sampel tu.


Dalam bercerita pasal raya ni, sebenarnya hati ni tak se'excited' nak jumpa bulan Ramadhan. Setahun sekali, tapi berbezanya bulan ni tak akan kita jumpa dalam bulan2 yang lain. Semua orang tau hikmah bulan ni, tak payahlah aku cakapkan.... Semoga aku, orang2 yang aku sayang n all muslims will grab this opportunity to reorient oneself to the Creator....