Wednesday, September 16, 2009
Tuesday, September 15, 2009
Happy Birthday Sayang Umi
Alhamdulillah, hari ni genap empat tahun Adam dilahirkan di dunia. Empat tahun penuh dengan kegembiraan dan keceriaan. Membesar sebagai seorang yang bijak, sihat dan pelbagai ragam yang menghiburkan walaupun kadangkala memeningkan. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu.
Semoga aku diberi petunjuk serta kebijaksanaan untuk mendidik anak2ku ke arah yang Kau berkati. Adam, umi sayang Adam. U means everything to me....
Posted by nitasan at 5:41 PM 0 comments
Tuesday, September 8, 2009
Berfikirlah secara kritis
Semalam, semasa aku ada kelas, aku mendapat panggilan daripada studentku yang bunyinya panic sebab akan sit for exam petang ni. Dalam melayani persoalan2 mereka, aku terdiam sebab antara yang "memanickan" mereka ialah menjawab 1 soalan yang tidak tricky langsung dan straight forward. Persoalan yang (tak sepatutnya) terpacul ialah kenapa soalan Puan tak sama dengan soalan ni?
Hari ni, aku masih mengenangkan gelagat student2ku. Gagal menguasai konsep asas + panic menjadikan mereka tidak yakin menjawab soalan mudah tersebut. Malah lebih parah lagi boleh menyebabkan mereka gagal menjawab langsung. Risiko mengambil sebarang exam yang menguji minda ni ialah kita tidak tahu apa soalan yang perlu kita jawab. Sebab tu lah penting melakukan 2 perkara ni iaitu kuasai apa yang dipelajari dan banyakkan membuat latihan. Dengan itu kita akan bersedia dengan sebarang kemungkinan soalan yang akan diterima. Namun begitu, kalau kita hanya membuat latihan yang sama bentuknya, ia tetap tidak membantu kita memahirkan diri dengan konsep yang dipelajari.
Di sinilah pentingnya kemahiran berfikir secara kritis. Maknanya mempunyai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Bila perkara ni dikuasai, kita akan mempunyai kebolehan menjawab sebarang persoalan yang kompleks atau di luar daripada kebiasaan. Maka dengan itu, persoalan2 yang diterima dapat dirungkai dengan mudah. Dengan ini, persoalan2 seperti kenapa soalan2 ni susah? kenapa saya tak jumpa soalan macam ni? Puan tak ajarkan? sama sekali tak akan terpacul dari pelajar yang berfikiran kritis!!
Posted by nitasan at 10:00 PM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Sunday, September 6, 2009
H1N1: Fakta VS Realiti!
Posted by nitasan at 5:37 PM 0 comments